Tema Hari Guru 2013 Serta Huraian

Tema Hari Guru 2013. Pengertian maksud dan Huraian Tema Hari Guru Tahun 2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Info Hari Guru 2013 ini merujuk Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Tema Hari Guru 2013 Serta Huraian Lengkap.

Tema Hari Guru 2013

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru Tahun 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA merupakan Tema Hari Guru 2013. Sebelum ini, pihak JNJK telah mengadakan pertandingan mengenai Apakah Tema Hari Guru 2013 di Borang Cadangan Tema Hari Guru.

Tema Hari Guru 2013 Serta Huraian
KPM

Huraian Tema Hari Guru 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

1ASPIRASI Maksud dan Huraian

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1AGENDA Maksud dan Huraian

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Lagu Tema Hari Guru 2013 dan Logo Rasmi

Persoalan Apakah Tema Hari Guru 2013 telah terjawab. Kini persoalan Apakah Lagu Tema Hari Guru tahun ini dan Gambar Logo Hari Guru 2013. Semoga Sambutan Hari Guru Tahun 2013 lebih meriah dari tahun-tahun sebelumnya.

Lagu Transformasi Pendidikan Negara 

Wednesday, April 03, 2013

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home