Aktiviti Sempena Hari Guru 16 Mei

Aktiviti Sempena Hari Guru 16 Mei Setiap Tahun di Malaysia. Ucapan Selamat Hari Guru 2013 untuk semua guru-guru di Malaysia sempena Festival Hari Guru. Program Hari Guru diadakan untuk Sambutan Hari Untuk Guru, demi meraikan jasa insan bernama guru harus lebih meriah demi mengenang jasa dan pengorbanan insan yang sentiasa mendidik. Asal dari yang jahil menjadi seorang yang berilmu. Selamat Hari Guru 2013 Cikgu, Terima Kasih Cikgu, tanpa ihsan darimu, pasti sukar untuk aku pelajari sendiri ilmu-ilmu di dunia ini. Suasana Hari Guru di sekolah-sekolah adalah lebih meriah berbanding tempat-tempat yang lain. Tema Hari Guru 2013 Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda. Untuk Huraian sila ke Huraian Tema Hari Guru 2013

Aktiviti Sempena Hari Guru 16 Mei , Perhimpunan Hari Guru, Perutusan Hari Guru 2013, Lagu Tema Hari Guru 2013, Ucapan Murid untuk Guru, Sajak Hari Guru, Ikrar Guru, Bertukar Hadiah Sesama Guru, Hadiah Hari Guru, Sukan Hari Guru, Persembahan Hari Guru, Guru Penyayang, Guru Popular, Jamuan Hari Guru, Festival Hari Guru, Penutup Program Hari Guru


Aktiviti Hari Guru 2013

Program Hari Guru 2013 dan Senarai Aktiviti Festival Hari Guru dirancang untuk meraikan setiap guru-guru sekolah. Bagai Festival Hari Guru, harapan murid-murid pada Hari Guru agar guru mereka terhibur dan gembira dengan aktiviti dah persembahan dari murid untuk guru sempena Sambutan Hari Guru 2013.

Perhimpunan Hari Guru

Perhimpunan Sambutan Hari Guru di Tapak Perhimpunan Rasmi Sekolah. Perhimpunan ini juga boleh diadakan di Dewan Sekolah. Sempena Sambutan Hari Guru, Guru-Guru biasanya memakai Pakaian Rasmi Sekolah yang seragam. 

Perutusan Hari Guru 2013

Bacaan Perutusan Hari Guru 2013. Dalam Perhimpunan Rasmi Hari Guru Perutusan Hari Guru dibaca oleh seorang guru yang ditetapkan. Biasanya Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dibaca oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru Penolong Kanan dan seterusnya membaca Perutusan Hari Guru seterusnya mengikut pangkat dalam organisasi. 

Ucapan Murid untuk Guru

Ucapan oleh Ketua Murid untuk semua guru. Ucapan untuk guru ini memberi peluang kepada murid menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik mereka. 

Puisi Hari Guru

Deklamasi Puisi Sajak dan Pantun oleh Murid untuk guru. Sajak Hari Guru ini memberi peluang kepada murid menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik mereka melalui puisi.

Ikrar Guru

Guru membaca Ikrar Hari Guru 2013 dan diikuti oleh guru-guru lain.

Lagu Tema Hari Guru 2013

Nyanyian Lagu Tema Hari Guru 2013 oleh Guru-Guru secara berkumpulan. Selain dinyanyikan di Perhimpunan, Lagu Tema Hari Guru ini juga boleh dinyanyikan di Dewan sebelum Persembahan Murid Hari Guru diadakan.

Lagu Guru Malaysia

Nyanyian Lagu Guru Malaysia oleh Guru-Guru secara berkumpulan. Selain dinyanyikan di Perhimpunan, Lagu Tema Hari Guru ini juga boleh dinyanyikan di Dewan sebelum Persembahan Murid Hari Guru diadakan.

Bertukar Hadiah Sesama Guru

Guru bersalaman sesama guru sambil mengucapkan Selamat Hari Guru dan bertukar-tukar hadiah. Pertukaran Hadiah ini biasanya dirancang awal dengan cara undian pasangan.

Hadiah Hari Guru

Hadiah untuk Guru dari murid-murid. Murid-murid memberi hadiah sempena Hari Guru kepada guru-guru secara terus. Ia sesuai diadakan ketika waktu rehat sebelum melakukan aktiviti sukan atau Sukaneka Hari Guru.

Sukan Hari Guru

Sukan Sempena Hari Guru. Pertandingan sukan antara guru dan murid. Acara Sukaneka Sempena Hari Guru. Sukan-sukan ringan menjadi pilihan utama untuk pertandingan sukan Hari Guru ini.

Persembahan Hari Guru

Persembahan dari murid untuk menghiburkan guru. Biasanya Persembahan Nyanyian, Sketsa Lakonan, Deklamasi Puisi Sajak dan Pantun selalu menjadi pilihan untuk dipersembahkan kepada guru. Guru-guru juga boleh membuat persembahan pada hari guru tersebut. Cikgu Dali Sokesto Suka Menyanyi

Guru Penyayang dan Guru Popular 2013

Guru Penyayang atau Guru Popular selalunya diumumkan pada setiap Hari Guru. Hadiah untuk Guru Penyayang Hari Guru 2013. Pemilihan Guru Penyayang dilakukan secara undian dari murid-murid seminggu sebelum Sambutan Hari Guru diadakan.

Jamuan Hari Guru

Jamuan Hari Guru, Penutup Sambutan Hari Guru. Jamuan untuk Guru ini biasanya diadakan di sekolah dan diuruskan oleh kantin sekolah itu sendiri.

Penutup Hari Guru

Majlis penutupan Program Hari Guru 2013 diakhiri dengan slawat dan aktiviti berslaman antara guru sesama guru dan guru sesama murid.

Kesimpulan Hari Guru

Aktiviti Sempena Hari Guru 16 Mei , Perhimpunan Hari Guru, Perutusan Hari Guru 2013, Lagu Tema Hari Guru 2013, Ucapan Murid untuk Guru, Sajak Hari Guru, Ikrar Guru, Bertukar Hadiah Sesama Guru, Hadiah Hari Guru, Sukan Hari Guru, Persembahan Hari Guru, Guru Penyayang, Guru Popular, Jamuan Hari Guru, Festival Hari Guru, Penutup Program Hari Guru








Tuesday, May 07, 2013

4 comments:

  1. Wajib untuk murid-murid beri hadiah kepada guru kelas.

    ReplyDelete
  2. Kalau cikgu kata wajib beri hadiah untuk guru kelas, nanti risau mak ayah saman, segan pulak nama masuk paper.. :)

    ReplyDelete
  3. ia adalah peraturan bawah tanah (underground rule of teacher). Heh

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. sokong sambil tepuk meja

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home