Program dan Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah

Program dan Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah. Aktiviti Riang Ria Cuti Sekolah. Selamat bercuti untuk guru dan murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Cuti persekolahan sesi 2013 selama 2 minggu ini pasti menjadi percutian bermakna jika ia diatur dengan Program atau Aktiviti Cuti Sekolah yang Berfaedah. Happy School Holiday 2013

Cuti Pertengahan Tahun Sesi Persekolahan 2013

Cuti Pertengahan Tahun Sesi Persekolahan 2013 yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya mempunyai banyak manfaat jika hari-hari cuti diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan selamat. Berikut ialah Panduan Aktiviti dan Tips Program yang Berfaedah sempena Cuti Persekolahan. Riang Ria Cuti Sekolah.

Tips dan Panduan Program Aktiviti Cuti Sekolah

Program dan Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah, School Holiday 2013, Tips dan Panduan Program Aktiviti Cuti Sekolah, Aktiviti Riang Ria Cuti Sekolah
Program dan Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah

Kem cuti sekolah

Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ini. Ambillah peluang dengan menyertai kem (camp) yang berfaedah dan dapat memberi input yang baik pada kamu seperti Kem Ibadah, Kem Jati Diri dan sebagainya.

Sertai kelas kemahiran

Bagi memastikan cuti kamu terisi dengan aktiviti berfaedah, kamu juga boleh memilih untuk menyertai kelas jangka pendek seperti kelas memasak (cooking class), kelas muzik, kelas melukis atau kelas seni mempertahankan diri.

Siapkan tugasan sekolah

Pada adik-adik yang bakal menduduki UPSR pada tahun (year) hadapan, pasti banyak tugasan sekolah yang telah dibekalkan oleh guru sepanjang cuti sekolah ini.  Oleh itu, dalam pada seronok bercuti, jangan kamu lupa menyiapkan tugasan tersebut ya. Siapkan Kerja Sekolah

Membaca buku cerita

Semasa cuti persekolahan ini, dapatlah kamu menghabiskan membaca buku cerita (story) kegemaran kamu. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberi keyakinan untuk berucap dihadapan orang ramai.

Singgah ke perpustakaan

Luangkan masa kamu untuk singgah ke perpustakaan (library). Persekitaran yang sunyi dan tenang pasti memberikan pembacaan yang lebih rileks. Bahan bacaan yang mempunyai nilai-nilai murni dapat dijadikan pengajaran.

Melawat sanak-saudara

Ambillah peluang pada musim cuti  sekolah ini untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan menziarahi sanak-saudara yang sudah lama tidak bertemu.

Melawat ke tempat bersejarah dan ilmu

Selain membaca buku, melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah atau pusat sains seperti Muzium, Petrosains dan Planetarium juga dapat menambah ilmu pengetahuan (knowledge) kamu.

Hadiri kelas insentif Al-Quran

Bagi memastikan masa lapang adik-adik dipenuhi dengan programprogram berfaedah, kamu juga  boleh menghadiri (attend) kelas insentif Al-Quran. Selain dapat memperbaiki bacaan, kamu juga pasti dapat berkenalan dengan kawan baru.

Bersiar bersama keluarga

Ketika cuti sekolah ini cadangkan pada ibu bapa untuk keluar bersiarsiar ke tempat-tempat menarik. Aktiviti ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan (relationship)kekeluargaan.

Berkebun bersama ibu bapa

Berkebun bersama ibu bapa boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti masa lapang pada musim cuti sekolah. Selain dapat mempelajari ilmu pertanian, berkebun juga dapat menyihatkan tubuh badan (body).

Kemas rumah dan bilik tidur

Mungkin sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh ibu, apa kata sesekali ringankan tangan adik-adik membantu ibu  mengemas rumah dan bilik tidur (bedroom). Dengan ini kamu dapat meringankan tugasan hariannya.

Menonton televisyen

Ketika cuti persekolahan inilah dapatlah adik-adik menonton rancangan kegemaran (favourite) di televisyen tetapi janganlah terlalu leka sehingga lupa untuk  membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.

Beriadah bersama kawan

Adik-adik juga boleh mengisi jadual cuti kamu dengan beriadah bersama kawankawan di taman (park) permainan. Selain dapat memberi kesan baik pada kesihatan, ia juga dapat mengeratkan persahabatan kamu.

Bergotong-royong

Pada cuti ini, apa kata kamu bersama keluarga bergotong-royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah. Persekitaran (environment) yang bersih akan mendatangkan suasana harmoni di dalam keluarga.

Membuat persiapan sekolah tahun hadapan

Jangan lupa untuk membuat persiapan (preparation) persekolahan tahun hadapan. Kemas buku-buku, beli kelengkapan alat tulis dan sebagainya. Persiapan awal dapat memberi motivasi awal untuk belajar.

Program dan Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah

Tips dan Panduan Program Aktiviti Cuti Sekolah ini diambil dari entri asal 15 Tip Pengisian Program Sempena Cuti Sekolah. Semoga panduan ini memberi manfaat dan faedah kepada guru, murid dan ibu-bapa semua. Selamat beriang ria sempena cuti sekolah kali ini. School Holiday 2013 penuhi dengan Program dan Aktiviti Berfaedah.

Friday, May 24, 2013

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home