Kata Hikmah Tokoh Islam Popular

Kata Hikmah oleh Tokoh Islam yang Popular untuk dijadikan panduan dan inspirasi dalam kehidupan harian. Hasan Al-Basri, ulama Islam yang sentiasa tegur-menegur, nasihat-menasihati dan berpesan-pesan sesama Islam. Nasihat dari beliau adalah Kata-Kata Dakwah yang memberi motivasi dan semangat dalam meningkatkan kualiti kehidupan. 

Kata Hikmah Tokoh Islam Popular Imam Hasan Al-Basri Dunia dan Akhirat Kata Islamik Pujangga Islam

Kata-Kata Islamik Hasan Al-Basri sungguh indah dan nasihat yang disampaikan berhemah juga menyentuh kalbu sesiapa saja yang mendengarnya dan dianggap Kata-Kata Kejayaan Tokoh Islam.

Kata Pujangga Islam Dunia dan Akhirat

Engkau bertanya tentang dunia dan akhirat. Dunia dan akhirat ini ibarat timur dengan barat. Setiap kali engkau cuba menghampiri ke satu arah, engkau akan menjauhi arah yang satu lagi.

Engkau meminta saya supaya memberikan gambaran tentang dunia ini. Bagaimana mungkin saya dapat gambarkan tentang suatu dunia yang bermula dengan kepayahan dan berakhir dengan kehancuran. Perkara yang dihalalkan di sini akan dihitung jika kita mengerjakannya. Manakala perkara yang diharamkan pula akan menyebabkan kita diazab. Orang yang tidak mencari kesenangan akan diuji. Orang yang mencari kesenangannya pula akan menyesal.

Mudah-mudahan engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari. Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari telah hilang daripada kiraanmu. Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang.

Kata-Kata Nasihat Hasan Al-Basri

Seperti Kata-Kata Nasihat Hasan Al-Basri, Tidak perlu menunggu kesempurnaan untuk menyampaikan Kata-Kata Dakwah. Siapa Hasan Al-Basri? Kenali Tokoh Islam Popular ini di Imam Hasan Al-Basri. Harapan semoga Entri Kata Hikmah Tokoh Islam Popular memberi kebaikan kepada rakan blogger semua.







Monday, June 10, 2013

1 comment:

  1. Aram Ilham Minda10 June 2013 23:13

    Jihad word
    Tegar Yang Mungkar | Laknat Yang Sesat
    http://aram-sriteratai.blogspot.com/2013/06/tegar-yang-mungkar-laknat-yang-sesat.html

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home