Pantun Seloka Bulan Puasa Ramadhan

Pantun Seloka Puasa di Bulan Ramadhan 1434 Hijrah / 2013 Masihi. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, bulan Ujian penuh Rahmat untuk kita bakal menjelma. Alhamdulillah, syukur dengan ketentuan-Nya kita dipanjangkan umur dan dipertemukan kembali dengan Bulan Puasa Ramadhan, Bulan Keampunan di tahun 2013 ini.

Pantun Bulan Puasa Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1434 Hijrah / 2013 Masihi

Sabda Rasulullah s.a.w
"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan dan Pantun Ramadhan dari Hootoh Blog untuk semua rakan blogger dan seluruh sahabat muslim, Tiada apa yang lebih baik selain amal ibadah yang diberkati Allah. Semoga Amalan dan Ibadah Puasa 1434 Hijrah / 2013 Masihi ini paling sempurna untuk semua. Sebelum itu Jom berhibur dengan Pantun Bulan Puasa Ramadhan ini, In Sya Allah

Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera.

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi.

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah yang Maha Melihat sentiasa di sisi.

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib ·tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka.

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari.

Sumber Pantun: Zonfiniti

Baca juga Pantun Seloka Hari Raya Aidilfitri mengikut loghat setiap negeri di Malaysia.

Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijriah

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa· itu adalah untuk Allah s.w.t dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian"
— Riwayat Muslim

Info Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan 1434H 2013M

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H 2013M








Tuesday, June 11, 2013

1 comment:

  1. Potong Pasir MRT at the doorstep, residents can easily access almost
    to any destination through.the interlace condo

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home