Pantun Merdeka Malaysia

Pantun Merdeka Malaysia. Koleksi Pantun Merdeka sempena Sambutan dan Aktiviti Hari Kemerdekaan Malaysia. Pantun Hari Merdeka sesuai dijadikan selingan dalam Ucapan Hari Kebangsaan sempena Acara Sambutan Merdeka yang disambut di peringkat sekolah atau jabatan. Pantun Tema Kemerdekaan Malaysia ke-56, Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Info tambahan mengenai Tema, Logo dan maksud Kemerdekaan Malaysia ke 56, sila ke Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 56

Pantun Merdeka Malaysia

PANTUN MALAYSIA MERDEKA KE 56


Bendera berkibar di rumah Pak Agos
Di halaman rumah pasang pelita
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia
Bumi bertuah indah permai
Lima Puluh Enam tahun kita merdeka
Tanah Tumpahnya Darahku aman damai

Setiap tahun menyambut merdeka
Jalur gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
beratus tahun kita dijajah

Kaum melayu, Cina dan India
Hidup sejahtera bersatu padu
Jasa pemimpin jangan dilupa
Malaysiaku Berdaulat negara maju

Para pemimpin silih berganti
Kini Dato Najib di tampuk kuasa
Kita isi kemerdekaan ini
membina peradaban negara tercinta

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat
Bersama kita menyambut merdeka
Bersatu berazam penuh semangat
Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Ubahsuai dari karya: Abdullatip


MALAYSIA MERDEKA


Indah sungguh bunga seri pagi
Disimbah mentari kembanglah ia
Terasa bertuah diri ini
Karna dilahirkan di bumi Malaysia

Tersusun tari lemah gemalai
Mengikut irama chuk chuk kendung
Bumi Malaysia aman dan damai
Sehingga menggamit ramai pelancung

Lincah si gadis menganyam ketupat
Bersama rendang enak dicicah
Merdeka negara lebih setengah abad
Minda dan tingkahlaku masih terjajah

Megah mentari memayungi bumi
Tumbuh tumbuhan hijau melata
Sumber rezki kepada insan
Wahai generasi masa kini
Usah hanya sambut merdeka
Hayati jua sejarah kemerdekaan

Manis dara berbaju kebaya
Keronsang emas menjadi hiasan
Kepada semua rakyat Malaysia
Salam merdeka hamba hulurkan

Karya: Mamahaikal


PANTUN HARI MERDEKA


Sambut merdeka sekali setahun
Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 56 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Musim perayaan terlebih makan
Bergelimpangan di jalan mangsa tembakan
Semangat Kebangsaan perlu disuburkan
Prinsip keadilan kita tegakkan

Tulisan rumi bacaan dewasa
Memenuhi laman setiap terbitan
Berjuanglah demi memartabatkan bangsa
Diskriminasi perkauman cuba elakkan

Asap jerami berkepul di titi
Di hujung paya mengail toman
Kestabilan ekonomi menjadi bukti
Malaysia kini melangkaui zaman

Bunga raya bunga kebanggaanku
Jatuh terjemur kelopak merata
Majulah Malaysia tanahairku
Semoga makmur dari sengketa

Karya: CT Nurza


Pantun Merdeka Malaysia Entri Himpunan Koleksi Pantun Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Sesuai dijadikan selingan ketika ucapan dalam Aktiviti Hari Merdeka. Semoga bermanfaat, Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Salam Kemerdekaan, Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2013.

Monday, August 26, 2013
Hootoh Blog Blogger Auto Ping website and RSS feed Hootoh Blog Blogger Free Ping website and RSS feed


No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home