Logo Baharu KPM 2013 Huraian dan Rasional

Pengumuman Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia. Download Logo Baharu KPM 2013. Apakah Rasional dan Huraian Logo KPM Terkini. Merujuk Laman Rasmi Ministry Of Education (MOE), di bawah Unit Komunikasi Korporat telah menyiarkan Pengumuman Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia pada 06 November 2013. Rekabentuk Logo Baru KPM dihasilkan oleh Prof. Dato' Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia).Click untuk Muat Turun Logo Baharu KPM 2013.

Logo Baharu KPM 2013 Huraian dan Rasional

Huraian dan Rasional Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

Logo ini direka mengunakan huruf 'Alif' sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf 'Alif' itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua 'P' dan dua 'Alif' melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup 'P' yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Logo Baharu KPM 2013 Huraian dan Rasional
Logo Baharu KPM 2013

Rekabentuk Logo Baru KPM 2013

Announcement New Logo of Malaysia Ministry Of Education (MOE) 2013. Design Description and Rationale about New Logo  of Ministry of Education. Download Ministry of Education New Logo 2013. Referring Official Website Ministry Of Education (MOE)

Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia. Rekabentuk oleh Prof. Dato' Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia). Download Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia. Rasional dan Huraian di sebalik Rekabentuk Logo Baru KPM 2013.

Sunday, November 10, 2013

7 comments:

  1. simple ....Jangan kerja mereka sesimple logo nie beban pada guru pilak ..

    ReplyDelete
  2. Simple ....jangan kerja pun sesimple logo ni ....Guru pula yang teruk bekerja

    ReplyDelete
  3. HT pun harapkan mcm tu. Lg satu, baru la tau ada Majlis Rekabentuk Malaysia rupanya. hehe.. Apa2 pun, HT respect juga kat Logo KPM ni walaupun agak pelik bila logo hal pendidikan mcm ni dah tiada simbol buku, obor atau paling tidak ada bulan dan bintang yg beridentiti Malaysia. Apa yg pasti DS Najib agak tekun bekerja sekarang ni, mungkin tu sebabnya tiada simbol "1" pada logo KPM baru ini

    ReplyDelete
  4. Kenapa takrifan logo KPM macam utk sekolah agama jer... Bukan ke sekolah kat malaysia ni utk pelbagai kaum dan agama..?

    ReplyDelete
  5. Ada baiknya begitu. Tapi jika dilihat dari 1Malaysia dan Sekolah kebangsaan mmng ada risiko untuk dijadikan isu oleh sesetengah pihak

    ReplyDelete
  6. Pereka terlalu mgutamakn elemen 'simple/pembaharuan' dan mghilangkn elemen tradisi negara (spt bulan bintang yv trdpt pd jalur gmilang dan jata negara), kalau mgmbil kira huruf alif utk ejaan ilmu,sbnrnya ejaan ilmu mgunakn huruf ain (jawi) -jelas kesalahannya, mcm logo syarikat, gabungn wrna tdk mnmpkn imej negara..sbg wrga kpm sy rasa ianya tdk mnmpkkn/mwakili kpm sbg slh satu kem. utama negara

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home