Bila Khairy Jamaludin Mula Bersuara

Image result for khairy jamaluddin

Bila Khairy Jamaludin Mula Bersuara, ia pasti menarik perhatian semua rakyat Malaysia. Inilah Ketokohan dan Aura Menteri Kabinet Malaysia 2013, Saudara Khairy Jamaludin (KJ) yang kini menyandang jawatan Menteri di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Di sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Ministry of Youth and Sports Malaysia 2013, Khairy Jamaludin telah menyuarakan dua kenyataan penting melibatkan isu-isu selepas PRU 13.

SUARA MENTERI KABINET MALAYSIA 2013

Setelah menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia 2013, di sidang media pertamanya hari ini, Khairy Jamaludin membuat dua kenyataan penting. Inilah Suara Menteri Kabinet Malaysia 2013

Pertama, pandangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya pandangan peribadi 

Kenyataan ini adalah merujuk pandangan Zahid Hamidi yang menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

“Itu adalah pandangan peribadinya. Tidak mencerminkan pendirian kerajaan”
— Khairy Jamaludin mengulas pandangan DS Zahid

Kedua, beliau akan menjadi menteri untuk semua belia

Saudara Khairy memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan akan menjadi kementerian kepada semua dan beliau akan berbincang dengan semua pihak bagi mencapai hasrat ini. Bila Khairy Jamaludin Mula Bersuara.
Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation.

“Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional”
— Khairy Jamaludin Menteri Belia dan Sukan 2013

Ucapan Tahniah kepada Barisan Menteri-Menteri Kabinet Malaysia penggal ke-13 (2013-2018). Kenali Nama-nama Menteri Kabinet Malaysia selengkapnya di Senarai Nama Menteri Kabinet Malaysia 2013 

No Replies to "Bila Khairy Jamaludin Mula Bersuara"