Showing posts with label Ramadhan 1434 Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1434 Hijrah. Show all posts

Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya

Cahaya Pelita pada Malam 7 Likur Menjelang Raya. Apabila tiba sepuluh malam terakhir puasa, antara malam-malam Laylat al-Qadr, setiap rumah mula sibuk memasang pelita atau lampu neon warna warni. Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya, menjadi suatu tradisi yang masih lagi berlaku di rumah-rumah samada di bandar ataupun kampung. Pelita yang dibeli atau dibuat sendiri dipasang dalam jarak yang tertentu di halaman atau jalan masuk ke rumah masing-masing.

Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya

Cahaya Pelita  Menyuluh Jalan Malaikat

Malam 7 Likur, sesetengah masayarakat kita menyalakan Lampu Lip-Lap, Panjut serta pelbagai Lampu dan Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Hari Raya kerana inginkan keberkatan Lailatul Qadar. Sebab ada yang mempercayai bahawa pada malam itu, malaikat akan mencari rumah mana yang paling terang untuk dilawati dan diberkatinya. Lampu dan Cahaya Pelita Menyuluh Jalan Malaikat agar turun ke rumah mereka pada 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan.

Cahaya Lampu Menarik Perhatian Santa Claus

Keadaan ini sama dengan Penganut Kristian yang menyirami cahaya lampu pada rumah mereka pada malam Krismas hingga ke atas pokok-pokok bagi menyambut kedatangan Santa Claus atau Papa Noel. Penganut Agama Kristian mengharapkan cahaya-cahaya lampu yang dipasang dan dihias indah mampu menarik perhatian Santa Claus agar melawati rumah mereka lalu mendapat Rahmat pada Malam Menjelang Krismas.

Benarkah Malaikat Pilih Cahaya Pelita yang Terang

Kepercayaan Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya menarik minat Malaikat ke kediaman seseorang. Sebenarnya malaikat ini tidak perlukan lampu ataupun Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya untuk memberkati seseorang yang menyalakannya. Hal ini jelas salah di sisi Islam kerana malaikat sendiri diciptakan daripada Nur. Malah ciptaanNya itu tidak memerlukan bantuan cahaya dari manusia. Hal ini telah menjadi fitnah agama kerana ia seakan menganggap Malaikat itu buta dan lemah sehingga perlu dipasang Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya sebagai panduan mereka. Bila Ramadhan Tiba Manusia Selalu Lupa.

Cahaya Pelita untuk Beribadat

Simbolik Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya yang sebenarnya ialah  Malaikat mencari Cahaya Pelita yang dipasang untuk beribadat. Seseorang yang bangun pada malam tersebut untuk bertarawih dan pada sebelah sahurnya untuk beribadah dan bermunajat. Jika hanya menyalakan pelita dan lampu bewarna warni sampai ke pagi tanpa amal ibadah dan zikir, maka kurang bermaknalah cahaya indah di malam Ramadhan itu. Bacaan Zikir untuk Berfikir

CAHAYA PELITA PADA MALAM MENJELANG RAYA

Cahaya kekuningan yang datang dari api pelita nampak meliut-liut seolah-olah melambai-lambai kedatangan seseorang. Malam 7 Likur, kemeriahan akan mula dirasai bahawa Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Diriwayatkan satu malam bilangan ganjil dalam 10 Malam Terakhir akan turunnya para malaikat yang akan melewati rumah-rumah yang telah ditentukan Allah.

Sesiapa yang berjaga malam itu dengan menjalankan ibadat dan mengharapkan bertemu dengan malam LailatulQadar seperti yang dimaksudkan dalam Al-Quran maka sesungguhnya seseorang itu mendapat pahala seribu bulan bersamaan lapan puluh tiga tahun beramal. Maka jadikan Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya Sinar Cahaya untuk Amal dan Ibadah.

Cahaya Pelita pada Malam 7 Likur Menjelang Raya
Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya, Malam 7 Likur, Benarkah Malaikat Pilih Cahaya Pelita yang Terang, Laylat al-Qadr, Cahaya Pelita  Menyuluh Jalan Malaikat, Cahaya Lampu Menarik Perhatian Santa Claus, Cahaya Pelita untuk Beribadat, 10 Malam Terakhir, Lailatul Qadar, Sinar Cahaya untuk Amal dan Ibadah, Hari Raya Aidilfitri, #Pelita #7Likur #al-Qadr #Raya http://www.hootoh.my/2013/07/cahaya-pelita-pada-malam-menjelang-raya.html


Sunday, July 28, 2013

Bila Ramadhan Tiba Manusia Selalu Lupa

Bila Ramadhan Tiba Manusia Selalu Lupa. Tazkirah sempena Bulan Puasa Ramadhan. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Bila Ramadhan Tiba Manusia Selalu Lupa

Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah   diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu,  semoga kamu menjadi orang yang bertakwa. — Surah Al Baqarah ayat 183

Ramadhan Penghulu Segala Bulan 

Ramadhan Penghulu Segala Bulan, umat manusia  diberikan kesempatan untuk berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan memang dinanti-nantikan kerana Ramadhan Penghulu Segala Bulan. Semoga Ramadhan tahun ini memberi keberkatan kepada kita semua. Alhamdulillah, bersyukur dan bertaqwa lah kepada Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya kita sekali lagi berada di Bulan Ramadhan  yang awalnya Rahmat, pertengahannya keampunan dan pada akhirnya merdeka atau bebas dari api neraka. Tazkirah sempena Bulan Puasa Ramadhan.

Bahagian Pertama Ramadhan - Rahmat

Bahagian Pertama Ramadhan seperti yang disebutkan dalam hadith Rasulullah s.a.w: 
Permulaan Ramadhan itu Rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dibebaskan daripada api neraka.

Persoalan Ramadhan

  • Bagaimana Ramadhan Kita? 
  • Bagaimana bacaan Al Quran kita? 
  • Bagaimana Puasa kita? 
  • Bagaimana Terawikh kita? 
  • Bagaimana Qiamullail kita? 
  • Apakah semua ini dilaksanakan dengan sempurna? 

Tepuk dada tanya iman. Inilah Persoalan Ramadhan yang perlu kita tanya kepada diri sendiri. Tapi, Bila Ramadhan Tiba Manusia Selalu Lupa mengenai persoalan-persoalan ini.

Persoalan Ramadhan Popular

Bila Ramadhan Tiba kebanyakkan kita, bukan Persoalan Ramadhan di atas yang kita tanyakan. Persoalan Ramadhan Popular yang kita selalu bermain di minda dan kerap ditanya ialah
  • Bila Waktu Berbuka Puasa? 
  • Makan apa Berbuka nanti? 
  • Kuih Raya dah buat? 
  • Kuih raya dah Tempah? 
  • Baju raya dah buat ke belum? 
  • Apa resepi Kek Lapis paling sedap?

Bila Ramadhan Tiba Manusia Selalu Lupa

Bila Ramadhan Tiba Manusia Selalu Lupa hadith Rasulullah yang bermaksud:
…telah datang kepada kamu bulan Ramadan  di mana  Allah mengurniakan di dalamnya keberkatan dan menurunkan rahmat, mengampunkan dosa-dosa kamu, memakbulkan  doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan para malaikat. Maka tunjuklah kepada Allah kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah orang yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini. Bila Ramadhan Tiba Manusia Selalu Lupa

Bila Ramadhan Tiba Manusia Selalu Lupa, Tazkirah sempena Bulan Puasa Ramadhan, Tepuk dada tanya iman. Inilah Persoalan Ramadhan yang perlu kita tanya kepada diri sendiri. Tapi, Bila Ramadhan Tiba Manusia Selalu Lupa mengenai persoalan-persoalan ini

Monday, July 15, 2013

Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan

Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan. 6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan. Iblis merupakan golongan yang berasa sukar dan sentisa merintih di bulan yang Ramadan ini. Bagi golongan Iblis, Ramadhan ialah Bulan Bencana kepada mereka. Iblis dan Syaitan dirantai di Bulan Ramadhan. Berikut ialah Kisah Rasulullah dengan Iblis yang  menyatakan 6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan.

Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan
Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah saw:
Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt?

Berkata Iblis:
Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepadaku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut..

6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan

  1. Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.
  2. Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berduka cita yang amat sangat!
  3. Yang paling menyakitkan hati aku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.
  4. Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.
  5. Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi  yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang bahagian  paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan  sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.
  6. Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi paling bawah sekali ketika bulan Ramadhan. Semua ini dilakukan oleh Allah swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah malam, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.

Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan - Sumber: Ramadhan Bulan Bencana


Sunday, July 14, 2013

Kata-kata Menarik Sempena Ramadhan

Kata-kata Menarik Sempena Ramadhan dan Ayat-ayat istimewa yang indah sebagai Ucapan Salam Ramadhan kepada sahabat dan rakan di sepanjang Bulan Ramadan Kareem ini. Famous Poems, Wishes, Greetings, and Islamic Quotes for beautiful Ramadhan al Mubarak to be inspired throughout the month. Sampaikan Ucapan dan Kata Mutiara Bulan Ramadhan kepada yang istimewa, semoga perhubungan menjadi lebih erat di bulan yang mulia ini. Sambil-sambil baca, jom layan Nasyid Marhaban ya Ramadhan.

Kata-kata Menarik Sempena Ramadhan

Koleksi Kata-kata dan Ucapan Menarik Sepanjang Ramadhan

Marhaban ya Ramadhan Bulan suci penuh berkah telah tiba. Saatnya untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya. Menjauhi keburukan dan memperbanyak ibadah pada-Nya. Dengan segala kerendahan hati, kami haturkan mohon maaf lahir & batin atas segala salah dan khilaf. Selamat datang bulan suci Ramadhan.

Alhamdulillah, kita bertemu lagi dengan bulan puasa Ramadan, bulan penuh mutiara hikmah. Ini semua berkat nikmat-Mu ya Allah. Semoga Ramadhan ini kita bisa lebih baik dari Ramadan sebelumnya.

Kerinduan pada bulan suci Ramadhan kan segera terubati. Tak lama lagi bulan Ramadhan kan tiba. Ampunilah segala dosa hamba dan semoga kami selalu berada dalam limpahan rahmat-Mu

Syukurku pada-Mu Ya Allah atas segala nikmat yang telah kuterima dan nikmat yang akan datang esok, lusa, dan nanti. Nikmatmu yang tak putus-putus merupakan bentuk kasih sayang-Mu Ya Allah. Dan ampunilah segala dosa yang melekat pada diriku ini. Di bulan Ramadhan ini, aku memohon ampunan-Mu

Marhaban yaa Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa.

11 bulan berlalu dan kini aku kembali berjumpa denganmu. Bulan Ramadhan, bulan penuh berkah dan ampunan. Saatnya menyucikan hati dan membersihkan diri. Semoga kita termasuk orang-orang yang berhasil di bulan puasa ini dan mendapat redha-Nya.

Sepuluh hari pertama bulan Ramadhan adalah fase pelimpahan rahmat bagi semua orang, 10 hari kedua merupakan fasa pengampunan dari Allah, dan 10 hari ketiga adalah fasa pembebasan dari api neraka. Semoga berjaya menjalani Ibadah Puasa dengan sempurna hingga ke akhirnya.

Fajar Ramadhan segera menghampiri dunia, selembar sutera menghapus noda, sebening embun penyejuk kalbu, sucikan hati bersihkan jiwa di bulan yang suci. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga amal kita diterima disisi Alllah SWT.

Bulan Ramadhan sudah didepan mata. Tak lama lagi kita berjumpa dengan bulan suci Ramadhan ini. Siapkan hati untuk mendekatkan diri pada-Nya. Marhaban ya Ramadan.

Ya Allah, terimakasih sudah memberikan kesempatan untuk kembali bertemu dengan bulan suci Ramadan ini. Semoga hamba bisa memanfaatkannya sebaik-baiknya. Maha suci Engkau Ya Allah.

Ayat-ayat Istimewa Bulan Ramadhan

Kata-kata Menarik Sempena Ramadhan ini ialah sambungan dari entri Ucapan dan Kata Mutiara Bulan Ramadhan sebagai Koleksi Kata-kata Ucapan sepanjang bulan Ramadhan ini. Kebanyakan kata-kata menarik ini dipetik dari laman sosial dan hanya beberapa sahaja yang dihasilkan sendiri oleh +Hootoh Blog  Semoga ia menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada kita semua.

Friday, July 12, 2013

Ezan Imsakiye Vakitleri - Sahur Blogwalking

Ezan Imsakiye Vakitleri - Sahur Blogwalking. Schedule Imsak and Iftar 2013 in Malaysia. Marhaban Yaa Ramadhan, Happy fasting. Hopefully fellow blogger brothers constantly under the Mahrifah on this full moon  of Ramadan 1434H/2013M. In Sya Allah. See also  Guidelines and Tips Preparation Fasting Month of Ramadan can be done for the sake of a better Ramadhan Appreciation. Happy Fasting and Ramadan Al Mubarak. Greeting from Hootoh Tudia to all Muslims. On behalf of Segmen Blogwalking Singgah Sahur.

Ezan Imsakiye Vakitleri - Sahur Blogwalking
Ezan Imsakiye Vakitleri

Beza Puasa Islam dan Puasa Yahudi

Antara Puasa Islam dan Puasa Yahudi, hanya Sahur membezakan kita. Dalam dunia ini, ada banyak agama, dan bukan hanya agama Islam sahaja yang mensyariatkan puasa. Agama lain juga ada. Namun, perbezaan paling utama puasa umat Islam dengan agama lain, kepercayaan lain adalah sahur. Hanya sahur yang membezakan kita, umat Islam dengan orang bukan beragama Islam.

Amr bin al-As berkata, Rasulullah bersabda:
Perbezaan antara puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan Kristian adalah bersahur.
H.R Muslim

Sunnah Bersahur di Bulan Ramadhan

Bersahur untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw. Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Selain itu, Rasulullah juga menggalakkan umatnya mengakhirkan sahur. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: Makan sahurlah pada akhir malam.

Sahur Kurma

Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata. Rasulullah saw bersabda, Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma. Rasulullah menganjurkan supaya makan sahur melalui sabdanya bermaksud, Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat. Rasulullah biasanya makan sahur kemudian terus keluar untuk bersolat.

Segmen Blogwalking Singgah Sahur
Segmen Blogwalking Singgah Sahur

Program Sahur Blogwalking

Singgah Sahur Blogwalking. Hanya Sahur membezakan Puasa Orang Islam dengan Puasa Orang Yahudi. Kepada rakan blogger, Mari Meriahkan Segmen Blogwalking Singgah Sahur OhBlogger Ramadan ini. Satu segmen khusus. Entri diterbitkan pada waktu sahur setiap hari mempromosikan blog, sambil berpeluang untuk menang hadiah wang tunai raya yang disediakan. Info dan maklumat lanjut. Click Banner Segmen Blogwalking Singgah Sahur. Ezan Imsakiye Vakitleri - Sahur Blogwalking. Ramadhan Schedule Imsak and Iftar 2013 in Malaysia

Thursday, July 11, 2013

Panduan Menjaga Pandangan Mata di Bulan Ramadhan

Panduan Menjaga Pandangan Mata di Bulan Ramadhan. Bagaimana Menjaga Pandangan Mata dan Menundukkan Pandangan dari penglihatan yang dilarang Allah. Berikut ialah beberapa Amalan Bulan Puasa Ramadhan yang boleh dijadikan Panduan demi Menjaga Pandangan Mata di Bulan Ramadhan ini. In Sya Allah

Panduan Menjaga Pandangan Mata di Bulan Ramadhan
 Pandangan Mata di Bulan Ramadhan

Panduan Menjaga Mata di Bulan Ramadhan

Kuatkan Niat berpuasa jangan cuma diucapkan tapi direnungkan bahwa kita akan melakukan perintah Allah untuk mendapatkan cinta Allah, dan selalu untuk mengingat tujuan kita berpuasa tersebut sepanjang hari

Zikir Isi hati kita dengan selalu menyebut nama Allah , semoga Allah menghindari kita dari bertemu dengan penglihatan yang akan mengurangi/menghilangkan pahala puasa dan selalu dalam perlindungan Allah

Mengurangi Aktifitas Diluar Rumah yang tidak perlu , lebih baik dirumah dan memperbanyak ibadah mumpung setiap ibadah dilipat gandakan pahalanya

Ajak dan anjurkan kaum hawa yang dekat dengan kita untuk berpakaian baik dan menutup aurat , bayangkan kalau semua kaum hawa memakai pakaian yang menutup aurat mungkin bagi kaum adam mempuasakan mata ini jadi lebih mudah

Hukum Menjaga Pandangan Mata dan Menundukkan Pandangan

Hukum menjaga Pandangan Mata dan Menundukkan Pandangan adalah menjaga diri kita terhadap pandangan-pandangan yang diharamkan, terutama dalam konteks pandangan terhadap lain jenis yang bukan mahram. Syaikh Abdulaziz bin Baz rahimahullah, mantan mufti Arab Saudi, mengatakan bahwa menundukkan pandangan ini mencakup semua semua jenis klasifikasi. Baik wanita telanjang, setengah telanjang, atau berhijab yang tampak padanya kedua mukanya. Bahkan, kita diperintahkan untuk segera memalingkan wajah kita terhadap pandangan-pandangan yang tidak sengaja.

Firman Allah Ta'ala.
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. 
QS. An-Nuur ayat 30-31

Pidato Bulan Ramadhan oleh Rasulullah saw

Wahai manusia, sungguh kalian akan dinaungi oleh bulan yang agung dan penuh berkah, yakni bulan yang di sana ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah jadikan puasanya suatu kewajiban dan ibadah di malam harinya suatu tathawwu. Barangsiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu amalan (sunnah) di bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan amalan fardhu di bulan lain. Dan barangsiapa mengerjakan amalan fardhu di bulan Ramadhan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu di bulan lainnya.
HR. Ibn Khu

Pandangan Mata adalah Anak Panah Iblis

Puisi Ramadhan. Pandangan adalah satu anak diantara anak panah-anak panah iblis. Disebutkan dalam sebuah Syair bahasa Arab yang maksudnya:
Setiap kejadian bermula dari pandangan mata
Kehidupan di neraka bermula dari kejahatan yang hina
Berapa banyak pandangan yang menghunjam ke hati
Laksana hunjaman anak panah tanpa busur bertali
Semoga Entri Panduan Menjaga Pandangan Mata di Bulan Ramadhan dapat dimanfaatkan oleh pembaca dan rakan blogger semua. Salam Ramadhan dari Hootoh Blog.


Wednesday, July 10, 2013

Ucapan dan Kata Mutiara Bulan Ramadhan

Ucapan dan Kata Mutiara Bulan Ramadhan. Kata Mutiara Islam dan Ucapan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan. Demi Penghayatan Kelebihan Bulan Ramadhan yang Mulia. Alhamdulillah, Marhaban ya Ramadhan. Hati yang terluka mungkin masih berparut, semoga di bulan suci Ramadhan ini dilembutkan jiwa ini agar tenang menunaikan Ibadah Puasa.

Ucapan dan Kata Mutiara Bulan Ramadhan

Ucapan dan Kata Mutiara Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan. Saat kita membersihkan jiwa yang berjelaga ini, tidak pernah berhenti dari mensyukuri kasih dan kemurahanNya, agar sampai makna penyucian ini, lalu diterima taubat dan leburlah kekhilafan lalu. Semoga shaum mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar dan menjadi pilihanNya untuk dikabulkan doa dan kembali menjadi fitrah.

Andai semua Harta adalah Racun, maka Zakat Penawarnya. Jika seluruh Umur adalah Dosa maka Taqwa dan Taubat ubatnya, jika semua Bulan adalah Noda maka Ramadhan adalah pembersihnya.

Setitis Embun di Pagi hari, Jatuh di atas Bunga Melati. Inilah waktunya untuk perbaiki diri. Di Bulan yang suci, Taqwa dan Taubat sentiasa di hati. Ucapan dan Kata Mutiara Bulan Ramadhan, Selamat menjalankan Ibadah Puasa, semoga kita semua diberkati di Bulan yang penuh Mahrifah ini.

Tuesday, July 09, 2013

Nasyid Marhaban ya Ramadhan - GSV Nasyid

Nasyid Marhaban ya Ramadhan - GSV Nasyid

Marhaban ya Ramadhan - GSV Nasyid


Download Nasyid Marhaban ya Ramadhan - GSV Nasyid. Marhaban ya Ramadhan merupakan Single dari sebuah kumpulan Nasyid Indonesia iaitu GSV. Nasyid sempena Bulan Ramadhan al Mubarak ini merupakan salah satu lagu Nasyid Popular dari Koleksi Nasyid GSV


Lirik Nasyid Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan, Gapai gelar takwa sepenuh Iman.
Marhaban Ahlan Wa Sahlan, Semoga bersua di masa kan datang.
Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan, Marhaban Ya Sahros siyam, Marhaban Ramadhan.


Monday, July 08, 2013

Persedian Ilmu Penghayatan Ramadhan

Persedian Ilmu Penghayatan Ramadhan. Dalam melakukan kewajiban Berpuasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak, persediaan Ilmu Agama amat perlu demi Penghayatan Ramadhan agar Ibadah Puasa lebih sempurna dari yang sebelumnya. In Sya Allah

Ramadhan Persedian Ilmu Penghayatan Ramadhan
Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak

Bila tiba Bulan Puasa Ramadhan, ramai antara kita yang berpuasa tanpa Penghayatan Ramadhan, dan kurang ilmu di dada. Hootoh Tudia juga sama, bertapa kurangnya penghayatan dan ilmu agama dalam diri ini. Persedian Ilmu Penghayatan Ramadhan bukan bertujuan merumitkan amalan seseorang, cuma bimbang ibadah yang diharapkan mendapat ganjaran pahala sebaliknya tidak diterima malah menjadi sia-sia. Namun semua itu adalah ketentuan Allah dan bukannya hak seseorang manusia menentukannya. Jadikan Ramadhan 1434 Hijrah yang terbaik.

Persedian Ilmu Menempuh Ramadhan

Menjelang Ramadhan Al-Mubarak, umat Islam diharapkan meluangkan lebih masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku agama, menghadiri kuliah agama atau melayari laman ilmu di Internet yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Demi Persedian Ilmu Penghayatan Ramadhan perkara yang perlu diberi keutamaan ialah:
  • Panduan Ibadah Puasa 
  • Rukun dan Syarat Sah Puasa 
  • Perkara Membatalkan Puasa 
  • Akhlak dan Adab Berpuasa 

Penghayatan Ramadhan 

Penghayatan ilmu mengenai Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan sangat penting untuk mendapat kesempurnaan Ibadah Puasa. Untuk mendapatkat Jadual Imsakiah Ramadhan 1434H boleh ke Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2013. Sekiranya ingin mendapatkan Tips Kesihatan di Bulan Puasa, sila ke Panduan Kesihatan di Bulan Ramadhan. In Sya Allah, semoga Entri Persedian Ilmu Penghayatan Ramadhan ini memberi manfaat kepada semua. 
Sunday, July 07, 2013

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2013

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2013M/1434H. Download Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Malaysia 2013 seluruh Negeri dan Kawasan di Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM. Setahun sudah tak terasa, Bulan Ramadhan kembali tiba. Semoga yang dilalui dan dilakukan menjadikan kebaikan di bulan suci ini. Beberapa Panduan dan Tips Persediaan Berpusa di Bulan Ramadhan boleh perlu dilakukan demi Penghayatan Ramadhan yang lebih baik.

Marhaban Yaa Ramadhan, Selamat menunaikan Ibadah Puasa. Semoga rakan blogger setiasa dirahmati Allah di bulan yang penuh Mahrifah ini, Ramadhan 1434H/2013M. In Sya Allah. Selamat Berpuasa dan Ucapan Salam Ramadhan Al Mubarak dari Hootoh Tudia kepada seluruh umat Islam.

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2013

Waktu Berbuka Puasa


Download Waktu Berbuka Puasa Malaysia

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia Tahun 1434H/2013M
—  Download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia
—  Lihat Waktu Berbuka Puasa dan Imsak di Malaysia 2013

Jadual Imsakiyah Ramadhan mengikut negeri-negeri di Malaysia

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1434H/2013M. Senarai penuh mengikut negeri dan kawasan seluruh Malaysia.

Semua amal anak Adam a.s dilipatgandakan kebaikan dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian.
— Hadith Riwayat Muslim.

Tuesday, July 02, 2013

Panduan Kesihatan di Bulan Ramadhan

Panduan Kesihatan di Bulan Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi. Selain rukun dan syarat sah dan perkara membatalkan puasa, kesihatan tubuh badan juga memainkan peranan penting dalam mencapai kesempurnaan Ibadah Puasa. Menahan lapar dan dahaga memerlukan penglibatan kesihatan fizikal tubuh badan dan juga mental. Kesihatan tubuh badan yang sempurna juga menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Panduan Kesihatan di Bulan Ramadhan merupakan sebahagian dari Entri Persediaan Menghadapi Bulan Ramadhan

Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi Panduan Kesihatan di Bulan Ramadhan

Kesihatan Penting di Bulan Ramadhan

Penjagaan Kesihatan Penting di Bulan Ramadhan. Kesihatan fizikal anggota badan diperlukan kerana pada bulan puasalah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan Solat Sunat Tarawih, Qiamullail, Membaca Al-Quran, Iktikaf dan sebagainya. Penjagaan kesihatan ini termasuklah menjaga Pemakanan Seimbang, Riadah dan menjauhkan diri dari perkara yang mendatangkan penyakit seperti tabiat merokok. Semoga Panduan Kesihatan di Bulan Ramadhan bermanfaat untuk kita semua. In Sya Allah.


Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 1434H 2013M


Saturday, June 22, 2013

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1434H 2013M

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H 2013M oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM. Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi. Seiring terbenam matahari Sya'ban, maka tibalah nanti Ramadhan dirahmati. Alhamdulillah, syukur dipanjangkan umur hingga bertemu kembali dengan Ramadhan Bulan Keberkatan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa untuk semua yang beragama Islam. Berikut ialah Jadual Waktu Berbuka Puasa Imsak dan Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H 2013M

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Seluruh Negeri-Negeri  di Malaysia 1434H 2013M

1.   Negeri Sabah
4.   Negeri Johor

Sabda Rasulullah s.a.w
Semua amal anak Adam a.s dilipatgandakan kebaikan dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian.
— Hadith Riwayat Muslim. 


Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 1434H 2013M


Tuesday, June 18, 2013

Persediaan Berpuasa Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi

Persediaan Berpuasa Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi. Ramadhan Al Mubarak menjelang tiba, Nikmat Ibadah Puasa sangat dinanti, bulan mulia untuk umat Islam menguji ketabahan diri, kekuatan fizikal dan mental. Berjuang melawan nafsu disamping rahmat pahala berganda serta memohon keampunan dari yang maha Esa. Setiap kali Ramadhan menjelma, kita sentiasa mengharapkan ia yang terbaik untuk kita. Demi memenuhi hasrat Ibadah Puasa kali ini adalah yang terbaik, beberapa Persediaan Berpusa Ramadhan perlu dirancang terlebih dahulu. Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi. In Sya Allah.

Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi Persediaan Berpusa dan Penghayatan Ramadhan Al Mubarak

Persediaan Ilmu Agama Ibadah Puasa

Bila tiba Bulan Puasa Ramadhan, ramai antara kita yang berpuasa tanpa penghayatan ilmu di dada. Dikhuatiri ibadah yang diharapkan  mendapat ganjaran pahala sebaliknya tidak diterima malah mendapat dosa.  Menjelang Ramadhan, kita diharpkan meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku agama, menghadiri kuliah agama atau melayari laman ilmu yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia di Internet. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan Ibadah Puasa seperti Rukun dan Syarat Sah Puasa, Perkara yang Membatalkan Puasa serta Akhlak dan Adab Berpuasa. Penghayatan ilmu mengenai Puasa di Bulan Ramadhan sangat penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa dan Persediaan Berpusa Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi.

Penjagaan Kesihatan Menghadapi Bulan Ramadhan

Ibadah puasa melibatkan kesihatan tubuh badan dan juga mental. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan fizikal anggota badan diperlukan kerana pada bulan puasalah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan Solat Sunat Tarawih, Qiamullail, Membaca Al-Quran, Iktikaf dan sebagainya. Penjagaan Kesihatan di Bulan Ramadhan ini termasuklah menjaga pemakanan seimbang, riadah dan menjauhkan diri dari perkara yang mendatangkan penyakit seperti Tabiat Merokok di bulan Ramadhan.

Pengurusan Budget Kewangan Bulan Ramadhan

Di antara amalan yang paling mulia di bulan Ramadhan ialah bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling dermawan dan suka bersedekah dan baginda lebih kerap Bersedekah dalam bulan Ramadhan. Seperti yang diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a

Rasulullah saw ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.
— HR. Bukhari

Mereka yang tidak bersedekah adalah sangat rugi, kerana tidak memanfaatkan peluang memperbanyakkan Sedekah di Bulan Ramadhan. Sebagai persediaan, kita disarankan agar mula berjinak-jinak dengan amalan bersedekah. Mungkin ia boleh dimulakan dengan jumlah yang kecil atau menderma di tabung-tabung masjid dan surau. Mudah-mudahan lama kelamaan sifat kedekut dan bakhil beransur-ansur hilang secara. 

Bagi mendapat kelebihan  bulan Ramadhan, kita juga harus tangguhkan sedekah  pada bulan-bulan  lain semata-mata untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan dengan syarat ia bukanlah sedekah yang dihajati seperti orang fakir miskin yang memerlukan  dan orang dalam keadaan susah dan berhutang.

Penghayatan Ramadhan Al Mubarak

Menghayati Bulan Ramadhan Al Mubarak dengan memperbanyakkan menyebut kelebihan dan kemuliaan amalan berpuasa di bulan Ramadhan. Di antara persiapan lain yang perlu ada ialah memperbanyakkan bercerita tentang Kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan. Seperti sesuatu majlis akan menjadi lebih meriah dan suasananya jika berita mengenainya diwar-warkan lebih awal. Kesannya seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia pasti merasa tidak sabar, ternanti-nanti dan teruja dengan Nikmat Ramadhan. Ucapan Selamat Berpuasa dari Hootoh Blog untuk semua rakan-rakan Blogger Muslim. Semoga Entri Persediaan Berpusa Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi ini bermanfaat untuk semua, In Sya Allah. 
Tuesday, June 18, 2013

Pantun Seloka Bulan Puasa Ramadhan

Pantun Seloka Puasa di Bulan Ramadhan 1434 Hijrah / 2013 Masihi. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, bulan Ujian penuh Rahmat untuk kita bakal menjelma. Alhamdulillah, syukur dengan ketentuan-Nya kita dipanjangkan umur dan dipertemukan kembali dengan Bulan Puasa Ramadhan, Bulan Keampunan di tahun 2013 ini.

Pantun Bulan Puasa Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1434 Hijrah / 2013 Masihi

Sabda Rasulullah s.a.w
"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan dan Pantun Ramadhan dari Hootoh Blog untuk semua rakan blogger dan seluruh sahabat muslim, Tiada apa yang lebih baik selain amal ibadah yang diberkati Allah. Semoga Amalan dan Ibadah Puasa 1434 Hijrah / 2013 Masihi ini paling sempurna untuk semua. Sebelum itu Jom berhibur dengan Pantun Bulan Puasa Ramadhan ini, In Sya Allah

Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera.

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi.

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah yang Maha Melihat sentiasa di sisi.

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib ·tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka.

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari.

Sumber Pantun: Zonfiniti

Baca juga Pantun Seloka Hari Raya Aidilfitri mengikut loghat setiap negeri di Malaysia.

Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijriah

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa· itu adalah untuk Allah s.w.t dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian"
— Riwayat Muslim

Info Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan 1434H 2013M

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H 2013M


Tuesday, June 11, 2013
Older Posts Home