Segment

Segmen Bloglist Syaifuddin Alias merupakan segmen yang dianjurkan oleh blogger dikenali ramai, Brother Syaifuddin di blog beliau, spudinpunya.com. Segmen ini merupakan segmen yang ke tiga disertai oleh saya dalam misi melengkapkan Segment List 2013 untuk Hootoh Blog ini. Seperti dinyatakan pada tajuk, ia merupakan Segmen Bloglist dimana 10 blogger bertuah akan dipilih oleh Brother Din untuk mengisi Bloglist spudinpunya.com. Ia merupakan peluang keemasan untuk untuk blogger baru seperti saya untuk mencuba nasib, dan sekiranya Hootoh Blog berjaya  berada di bloglist spudinpunya.com, ia merupakan kejayaan pertama untuk saya dan blog ini. Segment penuh..

Segmen Bloglist Syaifuddin Alias

Segmen Domain MY Percuma. 100 Blogger bertuah bakal terpilih memenagi Domain MY secara Percuma. Click banner dan sertai segmen ini.

Segmen Domain MY Percuma

Hootoh Tudia memilih hootoh.my dari Segmen Domain MY Percuma ini demi mengangkat nama Malaysia (Domain MY) di pentas blog masa kini. Selain itu Domain MY yang beridentitikan Malaysia bertepatan dengan jiwa ini yang cintakan negara. Hampir 100% bahasa yang digunakan Hootoh blog adalah Bahasa Malaysia, jadinya, blog ini akan lebih segak apabila menggunakan domain MY tersebut. Terima Kasih kepada saudara Azri atas penganjuran Segmen Domain MY. Pastinya saya lebih dari gembira sekiranya terpilih dalam 100 Blogger Bertuah memenangi Segmen Domain MY Percuma ini.

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen merupakan segmen pertama yang aku sertai. 12 Januari 2013 nanti, genaplah dua bulan usia Hootoh Blog. Walaupun hanya blogger mentah dan belum benar-benar faham selok belok Dunia Blogger Malaysia, namun telah banyak kali aku terbaca mengenai Segmen Giveaway, Segmen Tambah Follower dan banyak lagi. Jadi, aku ambil keputusan untuk mengenali lebih dekat apa itu segmen sebenarnya. Selain itu, dapat juga aku berkenalan dengan Rakan Blogger Baru, sila beri tunjuk ajar ya