Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat oleh KPM

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat oleh KPM

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat untuk Pegawai dan Kakitangan KPM. Kekeliruan dalam Etika Pemakaian ini berlaku apabila ada sumber yang memaklumkan terdapat larangan dari pihak atasan untuk memakai Baju Korporat terutamanya kepada warga pendidik yang berada di sekolah. Dengan adanya Surat Edaran Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat diharapkan semua pihak faham bahawa Baju Korporat masih boleh dipakai mengikut keadaan dan protokol majlis. Sila Rujuk dan Baca di Surat Edaran Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat KPM.BKP.300-1/12(3). Rekabentuk dan Warna Pakaian Korporat adalah seperti yang ditetapkan. Pemakaian yang telah ditetapkan tidak memberatkan pemakaian orang melayu mahupun kaum yang lain.

REKABENTUK DAN WARNA BAJU KOPORAT LELAKI

Rekabentuk+Baju+Koporat+Lelaki - Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat oleh KPM

REKABENTUK DAN WARNA BAJU KOPORAT PEREMPUAN

Rekabentuk+Baju+Koporat+Perempuan - Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat oleh KPM

PEMAKAIAN BAJU KORPORAT PEGAWAI DAN KAKITANGAN KPM

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat ini adalah bagi Penyeragaman Pemakaian Baju Korporat di kalangan pegawai/kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyeragaman ini adalah bagi menetapkan identiti pegawai/kakitangan dan imej KPM. Semoga Perkongsian ini dapat menjelaskan Kekeliruan pegawai/kakitangan mengenai Etika Berpakaian di Tempat Kerja. Terima Kasih kepada Cikgushamsudin atas perkongsian bermafaat ini. Panduan ini amat berguna kepada rakyat Malaysia.

No Replies to "Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat oleh KPM"