Israil Ditampar Hingga Keluar Matanya

Kisah Israil Malaikat Maut ditampar oleh Nabi Musa hingga Keluar Matanya.

Kisah Nabi Musa ini dipetik dari Kitab Tahzib Misykat al-Masobih menceritakan Kisah Nabi Musa yang menampar Malaikat Israil.

Tahzib+Misykat+al Masobih - Israil Ditampar Hingga Keluar Matanya

Kekuatan Nabi Musa Alaihissalam

Sebuah kisah daripada Hadis Sahih riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa suatu ketika Malaikat Maut diutus kepada Musa a.s. untuk mengambil rohnya. Sebaik sahaja Malaikat Israil tiba, Nabi Musa a.s. terus menamparnya sehingga terkeluar matanya.

Lalu Malaikat Maut pun kembali semula bertemu dengan Allah seraya berkata:
“Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menginginkan kematian”.
Allah pun mengembalikan mata malaikat maut seraya berfirman:
“Kembalilah dan berkatalah kepada dia agar mletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan. Dari setiap helai rambut yang dapat dilitupi oleh tangannya, maka baginya (umur) satu tahun”.

Malaikat maut kembali dan menerangkan kepada Nabi Musa.
Nabi Musa bertanya: “Wahai Rabb, setelah itu apa pula?” 
Allah berfirman: “Kemudian kematian”.
Nabi Musa berkata: “Jikalau begitu aku mahukan kematian sekarang”.

Nabi Musa pun meminta kepada Allah agar dibawa mendekati tanah suci, sejauh lemparan batu. Kemudian Rasulullah memberitahu:
“Jika aku berada di sana, tentu aku tunjukkan kuburnya berhampiran Bukit Pasir Merah”.
(Sohih Muslim, No. 2372)

No Replies to "Israil Ditampar Hingga Keluar Matanya"