Usahawan Kecil Anak Emas Negara

Usahawan Kecil adalah Anak Emas Negara.

Baru-baru ini, usahawan kecil dan usahawan muda di Melaka telah menerima cek pembiayaan berjumlah RM50.5j dari Yayasan Tekun Nasional (YTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Majlis penyerahan bantuan kepada usahawan kecil ini adalah bersempena Festival Industri Kecil Sederhana (FIKS) 2013 di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Program anjuran UiTM dan PKS itu telah berjaya menarik lebih 20 usahawan melayu yang berkemahiran dalam bidang keusahawanan bukan sahaja dari segi promosi, malah kualiti pembungkusan. Dengan ini dapat menambah baik identiti orang melayu.

usahawan emas usahawan Kecil - Usahawan Kecil Anak Emas Negara

Bantuan Pinjaman  Usahawan Kecil dan Tip-tip Usahawan

Usahawan kecil yang baru memulakan perniagaan, mereka bagaikan anak emas. Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Tekun Nasional (YTN) merupakan agensi kerajaan yang menjadi sumber utama dalam bantuan pinjaman dan tip-tip usahawan serta khidmat nasihat permulaan. Peruntukkan sehingga RM50.5 juta bagi program pembiayaan kemajuan perniagaan usahawan kecil ini telah menarik minat rakyat menceburkan diri dalam bidang perusahawanan ini. Peluang yang dibuka untuk rakyat Malaysia ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

RM50.5 juta untuk Usahawan Kecil

Dianggarkan, seramai 1,393 orang usahawan kecil telah direkodkan sebagai penerima pinjaman YTN berjumlah RM15.9 juta dan pada tahun ini agensi itu memperuntukkan sehingga RM20 juta sebagai bantuan pinjaman kepada usahawan kecil yang masih baru dalam dunia perniagaan. Festival Industri Kecil Sederhana (FIKS) telah membuka mata para usahawan yang hadir. Ilmu dan maklumat yang diterima bagaikan Kata-kata Semangat untuk Usahawan Kecil ini. Selain itu, banyak panduan dan Tip-tip Usahawan juga disampaikan dan sangat bermanafaat untuk dijadikan  panduan kepada Usahawan Kecil yang dianggap Anak Emas Negara ini.-

No Replies to "Usahawan Kecil Anak Emas Negara"